Category: wifi
Hits: 2253
Berita Harian, 17 Sept 2004: Pengeluar telefon selular yang menggunakan teknologi tanpa wayar (Wi-Fi) menjangka telefon selular yang menggunakan teknologi itu akan mendapat sambutan hangat dari pengguna sekali gus menyediakan peluang dab ancaman kepada pemberi perkhidmatan telekomunikasi.

Telefon selular ini menggunakan teknologi hybrid yang membenarkan pengguna memanfaatkan teknologi tanpa wayar capaian internet dan juga sistem rangkaian maklumat apabila diperlukan dan memberi kemudahan serta pilihan yang besar kepada pengguna, termasuk menjimatkan kos panggilan.

Motorola, HP dan NEC dijangka menghasilkan telefon hybrid tersebut.

admin: Ancaman kepada pemberi perkhidmatan telefon selular mungkin hanya sedikit atau mungin memberi pulangan yang amat sedikit. Perkhidmatan mereka masih diperlukan kepada liputan mereka yang luas berbanding WiFi yang meluas juga tetapi mempunyai AP yang berbeza-beza yang menyukarkan untuk kita roaming.

Ancaman lain adalah kandungan WAP mungkin akan pupus kerana pengguna beralih kepada kandungan HTML yang lebih menarik. Penghantaran kandungan cara ini tidak bergantung kepada jumlah bait yang dihantar.

Oleh itu, pembina kandungan html masih boleh mencari makan tetapi perlu menukar luas paparan kandungan mengikut keluasan paparan handphone.