Tip ini sesuai untuk pencuri WiFi jiran sebelah. Nama pun jiran sebelah, maka banyaklah Access Point yang boleh kita perolehi. Tip ini bukanlah menyelesaikan satu masalah tetapi lebih kepada memanjang servis internet tanpa menyambung semula secara manual. Biasa la, nak sambung manual memang leceh. Maka, ada cara untuk bagi dia jadi automatik. Tapi aku guna DD-WRT. Mungkin ada firmware lain yang sesuai tapi aku tak ketemu.

 Cara nak curi WiFi jiran sebelah:

Selagi korang boleh sambung ke internet rumah diorang tanpa kebenaran tu, kira mencuri la tu. Kalau ada encryption, pandai-pandai la korang crack sendiri. Hehehhehe.

Macam kat rumah aku, ada 3 internet wifi jiran sebelah yang beroperasi 24jam kot. Kot? Sebab kadang-kadang, AP diorang ni ditutup juga. Maka, kita buatkan AP kita bersambung dengan AP diorang. Dan kalau satu putus, automatik AP kita sambung dengan AP diorang yang kedua.

Sebelum itu, nak bagi tahu situasi di rumah aku. Sebenarnya ada 5 AP jiran. 2 guna encryption WPA/WPA2 yang malas aku nak crack, 2 WEP yang aku dah tau encryptionnya dan 1 open yang disembunyikan SSIDnya. Padahal, aku tahu SSID tanpa banyak masalah.

Untuk buat teknik ini, kita jadikan DD-WRT kita ada 2 AP, di mana 1 virtual AP yang akan digunakan oleh komputer kita di rumah. AP kedua adalah AP yang dijadikan sambungan pengulang (repeater) pada AP jiran sebelah.

Macam mana nak buat 2 teknik di atas? Korang figure it out by yourself. Tetapi nak ingatkan AP kedua itu pastikan dikonfigurasikan dan disambung pada AP jiran yang dipercayai internetnya tiada masalah. Kita memang memerlukan sambungan pertama ini.

Maka, kita guna skrip yang akan monitor sambungan internet, yang akan periksa SSID-SSID jiran kita dan membuat sambungan baru pada SSID jiran. Skrip ini dinamakan AutoAP.

Anda boleh baca begaimana nak menggunakan skrip ini di sini http://www.dd-wrt.com/wiki/index.php/Autoap

Ada 3 cara untuk kita guna skrip ini. Satu, guna cara dynamic download. Download skrip selepas AP DD-WRT kita dihidupkan dan bersambung pada AP jiran. Sebab tu aku kata, sambungan pertama penting dan boleh diharap sebab nak download skrip tersebut. Dua, guna DD-WRT yang ada skrip autoap. Mudah guna tapi aku tak guna. 3. Cara JFFS. Cara susah sekali. Nak kena hack hardware la pulak. Malas.

Maka, aku guna teknik pertama. Aku lebih suka commandline dari setting di web DD-WRT. Maka, aku guna konsol SSH untuk access AP DD-WRT. Lepas dapat masuk, kita masukkan setting SSID jiran kita dulu.

#nvram set autoap_prefssid="Streamyx*Mobility*key*kantoi JMoMo*key*33333334 kucinghitam"

Dari commandline di atas, SSID pertama Streamyx Mobility dan WEP keynya adalah "kantoi". Setiap space pada satu SSID digantikan dengan *. Antara 2 SSID perlu ada space. SSID kucinghitam tu, adalah open dan oleh itu tiada key.

Selepas masukkan setting di atas, jangan lupa run command ni.

#nvram commit

Selepas itu, kita masukkan command untuk download skrip AutoAP dan runkan skrip tersebut. Dalam laman web DD-WRT, klik Administration > Command dan paste,

nvram set wl_ssid=""
`cd /tmp; until [ 2 = 1 ];do /bin/sleep 30;
/usr/bin/wget -Oautoap.sh http://downloads.sourceforge.net/autoap/autoap_090711.sh;
chmod 777 ./autoap.sh;./autoap.sh;done` &

Selepas itu, save dan reboot Ap anda.

Maka, selepas boot, AP akan sambung pada AP jiran, run command yang kita masukkan tadi untuk download skrip AutoAP dan run skrip tersebut.

Jika berjaya kita akan dapat tengok log aktiviti AutoAP di http://routerAP/user/autoap.htm . Kita tengok disambung AP mana, periksa sambungan ke internet dengan ping ke google.com dan monitor SSID jirang yang lain.

Perlu diingat, skrip itu hanya akan sambung ke SSID jiran yang nyata. Bagi yang hidden (macam kucinghitam), kita kena setkan seperti di bawah.

#nvram set autoap_tryhidden=1

Happy hacking. Perlu dingat, cara ini salah di sisi undang-undang jika anda tidak mendapat kebenaran dari jiran anda.