Aku sudah guna 2 jenis smart phone yang ada WiFi enabled di dalamnya. Kedua-duanya mempunyai masalah bateri cepat habis kalau guna WiFi tidak kira menggunakannya terus atau tidak menggunakannya tetapi WiFi masih lagi hidup. Kenapa dia tidak seperti servis GSM yang membuatkan bateri tidak habis, walaupun dia masih hidup. Di bawah adalah artikel dari Technology Review yang menceritakan masalah tersebut.

Sudah lama tidak crack WEP. Pada kali ini, saya crack WEP atas permintaan kawan saya. Sila lihat video di bawah. Apa yang saya lakukan adalah menukar wifi adaptor pada mod monitor dan mengumpul packet dari wlan0. Disebabkan mamat, tuan punya AP tu banyak membeban turun, maka saya tidak perlu buat injection sebab memang dah laju untuk kumpul IVs.

Pada hari ini, 26 Julai 2008, agak bosan sedikit disebabkan tiada benda yang boleh dibuat di hotel mewah ini. Intenet connection pun tiada di bilik kecuali di lobi yang disediakan oleh TM.

Sebelum ini, saya ada menunjukkan bagaimana mengesan dan merekod kedudukan AP menggunakan netstumbler dan GPS yang dikenali sebagai wardriving. Pada tutorial itu, saya menggunakan netstumbler dan GPS. Pada kali ini saya menggunakan Barbelo pada smartphone Nokia. Dengan menggunakan Nokia yang mempunyai GPS, kita tidak menyusahkan diri untuk menggunakan laptop di dalam kereta.

Semalam sampai di Lumut. Baiknya pasal hotel aku ini, ada wifi free di lobi. Sebelum ini, aku check-in, signal boleh sampai dalam bilik.