hehe.. ya betul.. node tu ada. signal clear gila kat dlm McD. camna nak letak comment aa? kena create new story lak. hehe.. rabu ni sape nak ikut pi HITB2004? tgk hack com dah la.. nak masuk conference takde duit.. [ehh jap, yg kat McD tu AP dia mcm Prolink. yg ni Linksys ehh? AP lain kut]
Pada hari ini kami bersama crew baru telah menguji satu laptop Compaq Presario X1000 untuk mengetahui samada ia boleh digunakan bersama perisian Kismet dan Netstumbler.

Berita Harian, 17 Sept 2004: Pengeluar telefon selular yang menggunakan teknologi tanpa wayar (Wi-Fi) menjangka telefon selular yang menggunakan teknologi itu akan mendapat sambutan hangat dari pengguna sekali gus menyediakan peluang dab ancaman kepada pemberi perkhidmatan telekomunikasi.

Telefon selular ini menggunakan teknologi hybrid yang membenarkan pengguna memanfaatkan teknologi tanpa wayar capaian internet dan juga sistem rangkaian maklumat apabila diperlukan dan memberi kemudahan serta pilihan yang besar kepada pengguna, termasuk menjimatkan kos panggilan.

Motorola, HP dan NEC dijangka menghasilkan telefon hybrid tersebut.

Kami menjumpai beberapa tutorial mengenai wifi yang kami kira amat berguna.

http://www.ilmukomputer.com/berseri/onno-wifi/index.php

Jika anda surf keseluruhan laman ini, banyak tutorial komputer yang berguna. Ini menjadi objektif bagi mereka ini mengajar secara informal dan murah.

Jumaat lalu, dengan kemudahan yang disediakan oleh Sirduke, krew Garage Box sekali lagi keluar untuk mencari node-node baru di seluruh Leban Chondong.