Sungguh susah untuk mendapat talian internet di rumah dengan line telefon yang hanya boleh guna prepaid. Ada satu masalah TMHome Prepaid (dan Ring Ring Card) adalah sebelum mendail, kita perlu dail nombor laluan perkhidmatan dahulu. Sila rujukan dengan laman telekom.

Masalahnya, laluan ini tiada nada tone. Oleh itu, Linux perlu diberitahu bahawa tidak perlu tunggu dial tone. Jika di Windows, disable pada "waiting for dial tone". Tetapi di Linux (smoothwall) AT command perlu diberi iaitu ATX3.

Di smoothwall, pilih maintainance - modem - dan ganti +++ATZ kepada +++ATX3 . Maka modem tidak perlu tunggu tone untuk dial.

Lagi satu masalah besar adalah, TMHome Prepaid selalu ada suara operator berkata "talian sedang digunakan. sila cuba sebentar lagi." Modem tidak kena error ini. Maka, kami menggunakan speaker atau kuatkan speaker modem. Jika ada nada operator, sila disconnect dan connect semula sehingga talian yang betul (senyap) diperolehi.