Category: tips
Hits: 3950
Sebelum ini, ada 2-3 orang yang tanya aku macam mana nak tukar sistem file Windows XP FAT kepada NTFS tanpa format partition.

Semenjak kebangkitan XP ni, ramai la yang mula guna XP, walaupun diaorg tak tahu, bagaimana penuhnya internal proses XP itu.

Kenapa kita perlu tukar kepada NTFS? NTFS lebih baik kerana mempunyai kemudahan yang dikehendaki untuk hosting Active Directory dan keselamatan. Ada 2 cara untuk menukar sistem file

Menggunakan Setup Program

Setup program memerlukan CD Windows XP. Ada satu ruangan seperti kita hendak format partition, mempunyai arahan untuk tukar sistem fail.

Menggunakan convert.exe

Buka DOS dan type "convert D: /fs:ntfs " untuk drive D.

Jika drive C atau drive yang mengandungi Sistem file WIndows (C:windows), operasi akan dihentikan dan ia mencadangkan proses menukar sistem fail dibuat semasa restart PC semula.

PERHATIAN: Proses ini kadang-kala mengambil masa yang lama. Partition NTFS juga tidak boleh ditukar kembali kepada FAT, FAT32. Jika ingin menukarkannya, perlu format partition semula dan data akan hilang keseluruhannya.