Category: tips
Hits: 9578

Malaysia mempunyai masalah trafik yang amat teruk. Masalah utama pengguna trafik adalah kesesakan jalanraya, kemalangan dan undang-undang trafik yang dikatakan menyusahkan pengguna.

Terdapat satu aplikasi yang membolehkan pengguna mendapatkan maklumat hampir terkini dan melaporkan kesesakan jalan raya dan kemalangan untuk dikongsi dengan pengguna lain. Dengan cara itu, pengguna jalanraya boleh merancang perjalanan mereka sebelum keluar dari rumah atau tempat kerja. Tujuan utamanya memendekkan masa pemanduan, perjalanan dan mengurangkan pembaziran minyak. Aplikasi ini yang dinamakan Waze memerlukan kerjasama dari komuniti yang berdaftar dengannya.

 

Apa yang diperlukan oleh aplikasi ini sudah tentunya peranti mudahalih pintar yang dikuasakan oleh Android dan iOS, talian internet mudah alih (3G, 4G dan sebagainya), GPS dan sebagai tambahan penderia kompas. Aplikasi ini boleh diperolehi dari laman aplikasi ini di http://www.waze.com 

Contoh di atas menunjukkan Shah Alam Expressway mengalami masalah kesesakan jalanraya yang teruk. Jika ada pengguna berdaftar yang sedang melalui jalan tersebut, mereka boleh memaklumkan di dalam sistem Waze. Dari situ juga, sistem boleh mengira kelajuan trarfik dan memaklumkan kepada pengguna lain. Bilangan laporan kesesakan pada satu-satu lokasi yang bertambah, juga menunjukkan maklumat yang disampaikan adalah benar.

Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat lokasi kemalangan, samada menyebabkan kesesakkan atau tidak. Atau bagi mereka yang ketakutan, boleh mengetahui kolasi AES, penangkap had laju dan pemeriksaan polis.

Bagi mereka yang merancang perjalanan, mereka boleh terus menggunakan Waze untuk menentukan jalan yang terbaik bagi mengelak kesesakan.

Tetapi perjalanan yang dipilih oleh Waze mungkin tidak sesuai bagi sesetengah pengguna atau mereka lebih arif akan sesuatu jalan yang lebih baik. Maka, perlu ada pertimbangan dalam menggunakan arah perjalanan dalam aplikasi ini.

Bagi saya, maklumat yang disampaikan adalah perlu tetapi keputusan lebih baik saya yang tentukan.

Terdapat avatar kereta permainan yang bermacam-macam rupa. Ini adalah avatar pengguna berdaftar. Kita boleh mengetahui di mana mereka berada dan pada waktu yang sama, boleh bersembang dengan mereka. Tetapi avatar yang terlalu banyak ini, selalunya sekitar Kuala Lumpur, amat menyesakkan pemandangan. Kita boleh keluarkan avatar ini dengan pergi ke menu, Setting, Display Setting dan seterusnya Show on Map. Di sini kita boleh mengeluarkan petunjuk, simbol atau avatar yang kita tak mahu.

Untuk keluarkan avatar, uncheck, Wazers.

Penggunaan Waze ini amat berguna dan kalau di Malaysia, lebih baik digunakan sekali bersama Twitter @plustrafik. Dalam pengalaman saya, sudah 2 kali di mana semasa perjalanan ke Selatan melalui Lebuhraya Elite, saya mendapat maklumat awal terdapat kemalangan dan kesesakan teruk yang melebihi 10km di Nilai dan Seremban. Maka, saya boleh ubah perjalanan saya ke Kajang dan seterusnya menggunakan LAKSA untuk ke Seremban dan seterusnya ke Selatan. Ini menyelamatkan banyak masa dan minyak walaupun perjalanan alternatif ini agak jauh.

Terdapat sedikit kelemahan dalam penggunaan Waze. Aplikasi ini tidak menggunakan Google Map sebagai asas kerana Waze mempunyai mapnya sendiri. Maka, pencari maklumat melebihi 60km agak kurang memuaskan berbanding Google Map yang sentiasa memaparkan segala maklumat tanpa sebarang masalah. Setiap kali peta dialihkan ke tempat yang jauh, maklumat trafik sukar dipaparkan. Mungkin pengkalan data Waze tidak mampu membuat semakan dalam jarak yang jauh kecuali kita hampir pada sesuatu lokasi. Contohnya, jika saya berada di Kuala Lumpur dan cuba mendapatkan maklumat trafik di Muar, apa yang diperolehi adalah peta yang kosong.