Semua orang tahu Celcom telah menawarkan pakej terbaru yang dinamakan X2. Panggilan dan SMS ke Celcom atau luar Celcom amatlah berbaloi. Maka, selalunya aku topup RM10 untuk seminggu. Disebabkan lepas seminggu pun masih banyak bakinya, maka, 2 minggu lepas aku toup RM30 untuk bertahan sebulan.

Tetapi malangnya, kredit aku cepat habis selepas membuat panggilan selama kurang 5 minit. Dari RM30 jadi bawah RM20. Disebabkan aku sibuk, aku guna terus menggunakannya tanpa menghiraukan masalah tersebut. Minggu lepasnya, aku topup RM10 dan aku cuba siasat kenapa jadi kurang cepat sangat. Pada berbaki RM1.60 buat panggilan luar Celcom kurang 5 minit, jadi RM0.92. Aku tak puas hati, maka aku buat panggilan ke helpdesk Celcom.

 

 

Untuk pengetahuan semua, helpdesk hanya boleh menyiasat history panggilan, tempoh/kos panggilan dan baki terkini sahaja. Dia tidak boleh periksa baki selepas sesuatu panggilan dibuat. Apa yang boleh dia siasat kes aku ni, dia kata, ada 3 panggilan yang aku buat hari itu. Betul la tu. 1panggilan untuk kawan aku. 2 panggilan lagi aku cuba uji. Baki terakhir jadi RM0.25. Setiap panggilan tu, dicaj sebanyak RM0.28 (sama seperti pakej X2). Tetapi ada dia nyatakan ada kekurangan mendadak jika baki sebelum 3 panggilan yang dibuat adalah RM1.92 mengikut yang aku nyatakanlah.

Maka, helpdesk cuba periksa SMS pula. Setahu aku, SMS yang aku buat, pada hari tu, tiada. Hati sudah mula panas, sebab merasakan memeriksa SMS belum tentu dapat membantu mencari masalahnya. Rupa-rupanya sangkaan aku meleset. Helpdesk menyatakan, terdapat beberapa SMS dari nombor 39980 yang diterima dan dicajkan sebanyak RM2.50 setiap satu. Caj ini telah berlaku semenjak minggu lepas lagi.

Aku nyatakan bagaimana perkara ini boleh berlaku kerana aku sendiri tidak menerima sebarang SMS dari nombor ini. Tiada history langsung di telefon bimbit aku. Adakah telefon aku dihijeck atau diclone? Selalunya, nombor SMS bermula dengan 3***** adalah nombor dari pihak ketiga seperti pengiklan. Tapi peliknya, kalau betul, kenapa aku tidak terima?

Kes macam ini, selalunya kita perlu nyahtempah SMS tersebut menghantar kod SMS di mana aku sendiri tidak tahu kodnya.

Tapi nasib baik, helpdesk menyatakan, mereka boleh menghalang nombor ini menghantar SMS ke nombor aku dengan mereka membuat laporan. Nasib baik.

Maka, nasihat saya, jika anda menghadapi masalah seperti ini, cepat-cepatlah buat laporan. Tetapi, macam kes aku ni, memang kita tak sedari sebab kita tak dapat apa-apa SMS pun.

Sekarang ni, nak siasat, macam mana ada orang boleh sedut duit kredit kita tanpa disedari. Terima kasih kepada Celcom helpdesk, En Izudin kerana membantu dan menenangkan hati saya. Hehehehe.