Category: tips
Hits: 3091

Sebelum ini, aku ada bagi tips, bagaimana untuk mengatasi masalah hidden file (fail tersembunyi) dan macam mana untuk mengembalikannya. Sekarang ini, ada masalah seperti ini tetapi sukar untuk diatasi.

Sekarang ini, ada banyak virus yang akan menyembunyi folder/file di thumbdrive dan external harddisk. Selepas virus ini dihapuskan oleh antivirus, selalunya masalah yang ditinggalkan tidak dibaiki oleh antivirus.

Masalah ini, tidak boleh dibaiki dengan tips saya yang lepas atau dengan cara mudah di properties. Aku tidak tahu bagaimana option untuk read-only dan hidden dipadamkan oleh virus.

Ada satu utiliti yang boleh membaikinya, cuba google "iReset" atau downloadnya ini sini, http://www.sergiwa.com/modules/mydownloads/singlefile.php?cid=2&lid=10

Untuk menggunakannya, lancarkan program iReset ini. Setkan Windows Explorer kepada show hidden all hidden files dan folder termasuk system file yang selalunya tersembunyi. Bila nampak file/folder ini, dragkan files/folders ini ke iReset.

Mudah sahaja. Jika fails terlalu banyak, mungkin prosesnya mengambil masa yang agak lama.