Saya rasa ramai di luar sana mempunyai masalah dengan kamera web yang digunakan dalam Yahoo Messenger. Selalunya, paparan yang dapati adalah kosong atau gelap sahaja. Jika diuji pada Skype atau beberapa perisian yang menggunakan kamera web, tidak pula mempunyai masalah ini.

 

 

Selalunya masalah ini berlaku jika menggunakan kamera web ini di Windows XP. Dengan hanya plug and play USB kamera tersebut, Windows terus memasang pemacu untuknya menggunakan pemacu generic dari Windows.

Tetapi rakaman kamera ini tidak boleh memaparkan paparan ke Yahoo Messenger. Maka, apa yang anda perlu lakukan adalah memasangkan pemacu (driver) yang dikhaskan oleh kamera ini yang mana ianya didatangkan khas bersama kamera ini dalam bentuk CD.

Maka, pasang pemacu untuk kamera ini semula (reinstall).

Perlu diingat, walaupun Windows memberi pemacu yang generic untuknya tetapi belum tentu memberikan paparan yang baik.