Category: tips
Hits: 2523

Masalah Linux Ubuntu hang pada Dell Optiplex 760 semasa reboot amat menyakitkan hati sebab berlanjutan selama sebulan tanpa disedari semasa membina LAMP-Cacti.

Dari tips-tips di internet, ada yang patch kernel hanya untuk model ini. Kemungkinan masalah ini hanya pada Dell model ini sahaja dan tidak dialami oleh model lain.

Bagi mengatasi masalah ini tanpa kompil, anda boleh tambah reboot=bios pada boot parameter. Samada sementara atau secara kekal pada grub dan pelbagai utiliti boot yang lain.