Disebabkan GMail memberi lebih 2 GB mailbox untuk e-mail, banyak pengguna menjadikannya stor penyimpanan fail-fail penting dan rahsia pada internet. Maka, terhasillah program yang dapat menjadikan GMail sebagai satu drive di komputer. Apa yang anda perlu lakukan adalah download GMail Drive shell extension dari http://www.viksoe.dk/code/gmail.htm dan installkan di komputer windows anda. Syarat, sekurang-kurangnya menggunakan Internet Explorer 5 dan anda perlu ada akaun GMail.

Selepas anda install program tersebut, anda akan dapat satu driver, GMail Drive, pada "My Computer" anda. Untuk mengaksesnya anda perlu login dengan klik kanan pada drive tersebut.

Anda akan boleh mengakses dan save fail ke dalam drive ini.

Fail-fail ini akan dipaparkan dalam InBox GMail bersama-sama e-mail yang lain tetapi email-email lain tidak dipaparkan dalam Drive. Agak kelam kabut sedikit dalam inbox itu nanti.

Jika network anda memerlukan proxy untuk sambungan ke internet, anda perlu enablekan proxy (klik pada more) dan segala setting lain berpandukan IE.

Maka, anda boleh la simpan segala fail rahsia ke, mail cinta ke, bagut ke? Okeh?

Sila gambaran di http://www.garagebox.org/gallery/thumbnails.php?album=18