Minggu lepas, semasa berada di KL, aku membeli 2 buah buku. Salah satunya bertajuk, GOOGLE HACK, terbitan O'Reilly.

Aku pernah mendengar, Google dapat membantu kita mencari banyak maklumat dengan tepat dan kadang-kala maklumat rahsia jika tersebar. Memang amat efektif spider agent Google ni. Pernah la juga mencari beberapa perkara yang boleh mengganggu gugat beberapa tapak.

Untuk kali ini, kita belajar, apa yang boleh kita manfaatkan dari Google. Buku Google hack hanya memberi langkah asas. Tetapi, jika mempunyai akal yang panjang, kita boleh buat lebih dari itu mengikut langkah-langkah asas itu. Adakah anda tahu, Google boleh digunakan sebagai kalkulator? Cuba taipkan persamaan dalam ruangan kata kunci.

Contoh, 2+3 , dan enter atau Click Google Search.

Anda boleh mencuba 40% of 100, (1+1/3)^2 dan pelbagai lagi mengikut persamaan fahaman komputer.