Sekarang ini, kita bukan sahaja menghadapi virus komputer tetapi juga spyware, coolwebsearch dan sebagainya. Semua ini tidak diiktiraf sebagai virus dan tidak terdapat dalam mana-mana list pattern anti-virus. Buat masa ini kami hanya bergantung kepada 2 program iaitu Ad-aware untuk scanning dan Spywareblaster untuk pertahanan. Kedua-duanya free dan ini amat menyenangkan kami. Walaupun begitu masih terdapat beberapa spyware yang tidak dapat dikesan dan kami terpaksa menggunakan cwsheredder.

Spywareblaster walaupun bertugas untuk mempertahankan diri dari spyware, tetapi ia tidak diexecutekan atau dijadikan sebagai auto-detect. Ini kerana, ia membantu kita untuk setkan mana-mana spyware yang tidak dikehendaki di broswer dan registry. Oleh itu, spyware boleh ditutup selepas ia dikonfigurasi.

Baru-baru ini, Microsoft memperkenalkan Anti-Spyware Tool nya tersendiri yang masih diperingkat BETA. Kami ada mencubanya dan kami rasa ianya terbaik buat masa ini kerana ia merangkumi pertahanan dan imbasan. Kelemahan ketara adalah bentuk pertahanannya, di mana ia perlu diaktifkan seperti auto-detect anti-virus. Ini membebankan memori dan task. Ia juga seperti XP yang diupdate dengan SP2, terlalu banyak soalan yang ditanya jika ada program baru dimasukkan. Jika orang Melayu dan juga yang tahu English pun tidak memahami apa yang dimaksudkan oleh program itu dan kadang kala kurang menyenangkan. Maka, kami mencadangkan, guna saja Ad-aware dan Spywareblaster. Ia masih dapat membantu.