Fail PDF selalunya digunakan orang ramai sebagai fail dokumentasi digital. Dalam bidang elektronik, fail ini digunakan untuk spesifikasi barangan, manual dan carta barangan. Dalam bidang pengurusan, sumber manusia dan perolehan, fail ini digunakan sebagai fail dokumentasi digital (softcopy) untuk pengurusan di pejabat kerana mudah disimpan dan tidak memerlukan ruang fail seperti kabinet.

PDF secara amnya dihasilkan oleh program Adobe Acrobat dan dipaparkan menggunakan Adobe Acrobat Reader. Tetapi Adobe Acrobat adalah berlesen dan perlu dibeli untuk digunakan secara halal. Ada juga mesin photostat yang boleh menghasilkan fail PDF (seperti Konica Minolta) yang mana, fail yang discan akan ditukar kepada format PDF dan seterusnya dihantar ke PC pengguna. Cara ini amat berguna jika kita mempunyai banyak fail yang perlu ditukarkan kepada format digital PDF

Sekarang telah ada software percuma yang dapat menghasilkan fail PDF.

Asalnya, amat menyedihkan dan merasa dunia ini dipenuhi orang-orang tak layak dipanggil pakar. Merugikan.

Dalam satu projek migrasi dari satu sistem lama ke sistem baru, telah berlaku satu masalah yang hanya berlaku pada PC aku. PC aku menggunakan Windows 2000 berbanding orang lain yang menggunakan Windows XP. Pada awalnya, selepas beberapa hari menyiasat, aku dapati ia disebabkan user's policy yang telah diubah. Tetapi aku tidak tau mana satu yang diubah dan ini amat memenatkan sebab memerlukan membuat perbandingan satu persatu registry dan system's file.

Kadang-kala cara old-school masih berguna. Sekarang kita tiada masalah menguruskan fail besar melebihi 1MB. Dengan adanya thumbdrive dan removal harddisk, kerja kita dengan fail ini amat mudah untuk memindah dari 1 PC ke PC lain. Kalau melalui network, kita boleh simpan di ftp server atau network drive. Tetapi, masalah seperti tiada kemudahan seperti yang disebutkan di atas menyebabkan kita susah juga untuk menghantar fail kepada rakan kita.

Sekarang ini, kita bukan sahaja menghadapi virus komputer tetapi juga spyware, coolwebsearch dan sebagainya. Semua ini tidak diiktiraf sebagai virus dan tidak terdapat dalam mana-mana list pattern anti-virus.

Kami kadang kala berhadapan dengan masalah untuk uninstall Norton Antivirus kerana beberapa sebab fail dan registry rosak serta sebagainya. Masalah ini amat menyukarkan dan kami hanya reformat semula harddisk.