Category: Security
Hits: 3094

Samada pengguna PC sedar atau tidak, kelebihan autoplay (atau autorun) di PC Windows, memudahkan penyebaran virus dari penstoran luaran seperti external harddrive, USB Flash drive dan memory card serta kadang kala melalui CD dan DVD.

 

Bagaimana virus tersebar melalui penstoran luaran? Selalunya penstoran ini dijangkiti dari PC yang telah dijangkiti. Semasa dijangkiti, virus akan menyalin dirinya ke storan luaran dan buat satu fail yang dinamakan autorun.inf direktori utama (root). Fail autorun.inf ini pada asalnya dicipta oleh Microsoft semenjak zaman Windows 95 supaya setiap kali kita klik pada ikon penstoran tambahan (selalunya CD dan DVD), secara automatik akan menjalankan aplikasi yang telah ditetapkan di dalam di dalam fail autorun.inf.

Tetapi virus ini telah menggunakan kelebihan ini untuk menyebarkan payload virus tersebut. Ini berlaku jika penstoran luaran yang telah dijangkiti akan digunakan pada PC yang sihat. Selepas pengguna menyucuk penstoran ke PC, Windows akan mencari fail autorun.inf atau tidak. Jika ada, Windows akan setkan autoplay (autorun) pada drive tersebut. Di mana, jika anda klik pada ikon drive, secara automatik akan melancarkan aplikasi (semestinya virus) berdasarkan arahan di dalam fail autorun.inf. Seterusnya menyebabkan PC yang sihat ini dijangkiti virus.

 

Baru-baru ini, Microsoft telah membaiki kemudahan ini dengan mengeluarkan patch baru untuk Windows XP, Vista, Windows Server 2003 dan Windows 2008 pada semua perkakasan.

Sila dapatkan patch ini di http://support.microsoft.com/kb/971029

Kesan kepada pembaikan ini menyebabkan kelebihan autorun tidak berfungsi lagi pada penstoran tambahan kecuali DVD dan CD drive. Installation melalui USB drive perlu dijalankan secara manual kecuali USB drive yang secara maya menjadi drive optik seperti CD.