Category: Raspberry Pi
Hits: 2851

Tahniah kepada Raspberry Pi Foundation, di atas kejayaan mereka mencapai pengeluaran dan penjualan Raspberry Pi ke 500,000 unit.

Tidak sampai setahun, mereka telah mencapai kejayaan ini. Semenjak had penjualan dan tempahan dimansuhkan pada Julai 2012, tempahan ke atas unit ini meningkat. Kita masih tidak tahu lagi bagaimana pula dengan Model A yang dikilangkan baru-baru ini. Mungkin Model A tidak menjadi pilihan ramai tetapi masih ada orang yang ingin memilikinya dengan harga rendah untuk aplikasi yang tidak melibatkan rangkaian.

 

Walaupun penjualan Raspberry Pi ini meningkat tetapi di Malaysia (dan beberapa negara lain) mula dijual oleh pihak ketiga dengan harga yang agak tinggi. Harga yang ditawarkan oleh salah satu syarikat pembekal komputer adalah RM160 walaupun harga yang ditawarkan oleh Element 14 mula turun sedikit demi sedikit ke RM120. Bagi pembeli Malaysia, mereka pula tidak boleh membuat tempahan dari Element 14 kepada tiada ruang tempahan secara dalam talian dan hanya ada cadangan pembelian dari pihak ketiga.

http://paritynews.com/hardware/item/551-raspberry-pi-could-have-sold-a-million-units