Rasanya, hampir 10 tahun berkenalan dengan Ibnu Yusof, penulis buku terkenal Permata Yang Hilang, berkenaan seksuaiti, motivasi, spitritual serta beberapa satira termasuk mengenai UFO dan konspirasi.

Seorang yang banyak berfikir dan memberi pandangan yang kontroversi dan bertentangan. Walaupun aku rasa amat sangsi tetapi dia satu-satunya orang yang tidak membantah segala pendapat kita walaupun mentah (umur antara kita lebih 30 tahun rasanya) kerana dia seorang yang terbuka. Walaupun mentah, ada beberapa pendapat kami yang remaja ini digunakan pakai oleh beliau dalam beberapa ceramah movasinya. Kami sedar pendapat kami diceduk. Hehhehehe.

Pada pagi ini, saya mendapat berita bahawa Steve Jobs telah meninggal dunia. Setelah bertahun berjuang melawan kanser yang dihadapinya akhirnya, beliau meninggal jua setelah meletak jawatan dalam Apple 2 bulan lalu.

Kehilangan Steve Jobs adalah kehilangan besar dalam komputer dan budaya moden terkini. Segala-gala idea, penciptaan, persembahan (presentation), gaya, pengaruh dan pelbagai lagi menjadi ikutan orang lain dan seterusnya menjadi trend di seluruh dunia.

Dari stail button dan antaramuka di Mac, iPhone dan iPad, menjadi ikutan pada semua komputer bukan Apple. Cara guna iPad menggunakan jari yang leret juga menjadi pilihan utama untuk table bukan Apple. Penggunaan tetingkap (windows) dan tetikus (mouse) juga pertama berjaya diperkenalkan oleh Apple walaupun sebenarnya Xerox yang pertama, gagal kerana karenah birokrasi.

Sehinggakan nama (i) iPad dan iPhone menjadi ikutan oleh ahli perniagaan teknologi lain seperti nama syarikat bermula dengan huruf "i". Contohnya syarikat yang aku bekerja sekarang, iP*****s. So sucks.

Bill Gates dalam komen terbarunya berkenaan kematian Steve Jobs, kematian beliau mungkin akan melambatkan perkembangan budaya dan teknologi. Apakan tidak, ramai copy-cat akan hilang arah untuk mencari idea baru.

Bersempena Hari Raya Aidilfitri dan Hari Kebangsaan (Merdeka), Google memperkenalkan doodle untuk rakyat Malaysia.

Beberapa tahun dahulu (tidak ingat tarikh sebenar), di dalam surat khabar tempatan, seorang pemuda telah mendapatkan bukti bagi polis membuka semula kes siasatan pembunuhan ibunya. Buktinya adalah senarai rekod panggilan keluar dan masuk terakhir telefon bimbit ibunya.

Bagaimana dia mendapatkan rekod tersebut dari telco tanpa waran atau prosedur yang sah?

Jika anda sedar, segala artikel dalam laman ini telah diintegrasi dengan Facebook. Dengan itu, pencari maklumat di GarageBox.Org boleh memberi komen, pertanyaan dan pelbagai lagi maklumat tambahan di setiap artikel laman ini yang memerlukan anda berdaftar dengan Facebook.

Sebelum ini, kami meletakkan login Facebook untuk memudahkan pendaftaran ke laman kami. Ini lebih baik, bukan? Mungkin anda sedari, pengguna pendaftar atau tidak, tiada bezanya. Tetapi, anda kena tunggu apa pengguna berdaftar akan dapat.