Category: News
Hits: 3774

Ketua Pemuda MCA, Dr Wee Ka Siong memberitahu pemberita (diambil dari The Star) bahawa aktiviti beliau di rumah telah diperhatikan menggunakan hexacopter berkamera.

Malaysia telah mencapai satu langkah ke hadapan dalam risikan berunsur politik dan ini amat merbahaya kerana melanggar banyak isu termasuk hak peribadi seseorang.

Beliau dengan marah kenapa orang perlu merisik beliau menggunakan hexacopter yang selalu digunakan oleh pihak tentera?

Tentera??? hexacopter jenis ini boleh dibina dan dilancarkan oleh orang biasa sahaja. Sekarang ini, jurugambar amatur guna untuk mengambil shot perkahwinan dengan cara menarik.

Kalau tentera, mereka menggunakan hexacopter yang lebih canggih dari ini. Dan paling canggih di Malaysia bukan dimiliki oleh tentera, tetapi sebuah syarikat GLC yang khabarnya akan dilupuskan sebab tidak mencapai tahap yang diinginkan.

http://www.thestar.com.my/News/Nation/2013/08/16/Wee-Ka-Siong-MCA-hexacopter-spy.aspx