Category: News
Hits: 3036

Adafruit adalah sebuah syarikat Amerika Syarikat yang diasaskan oleh Limor Fried yang banyak mempromosikan produk elektronik kepada peminatnya dan penggodam secara murah dan mudah. Kalau sesiapa ada terlibat dengan Arduino akan tahu apa dia Adafruit. Syarikat ini banyak menjual aksesori Arduino dan sekarang ini mula menjual aksesori Raspberry Pi pula.

 

Sekarang ini Adafruit cuba menganjurkan program untuk mengajar murid sekolah rendah mempelajari elektronik. Agak susah juga hendak mengajar budak sekolah ini tapi syarikat ini menggunakan pendekatan boneka, plushie doll dan penceritaan seperti drama kanak-kanak.

Tidak tahu jika pendekatan ini baik untuk kanak-kanak sekolah rendah memahami elektronik tetapi bayi yang baru lahir jika diajar dengan cabaran selalunya tidak berhenti untuk menerima cabaran baru.

http://www.wired.com/design/2012/12/adafruit-childrens-show/