Category: News
Hits: 3231

Baru-baru ini, aku telah membeli satu perisian Point-of-Sale yang dipanggil POS Maid dari syarikat Alexandria Point of Sale. Kalau tak silap, syarikat Amerika Syarikat. Pembayaran dibuat menggunakan Paypal.

Sebelum beli, aku cuba perisian percubaannya. Tetapi isteri aku kata kenapa lain sangat perisiannya berbanding perisian percubaan yang dia pasang dalam PCnya. Rupanya, aku cuba versi 2.29 yang dimuat turun dari laman syarikat itu dan isteri aku cuba versi 2.334 yang dimuat turun dari CNET. Aku sendiri tak periksa pun versi 2.334. Disebabkan projek terbaru kami ini hendak dilancarkan dalam masa terdekat, dia suruh aku beli perisian itu secepat mungkin. Tanpa usul periksa, terus beli sahaja dan merasakan, syarikat akan bagi versi terkini untuk dimuat turun.

 

Tetapi, laman syarikat itu masih lagi bagi versi 2.29. Mana datangnya versi 2.334? Maka, terus la muat turun versi 2.334 dalam PC aku dari CNET. Sekali pasang, "This is a free software. You need to register for you to use the software." Terkejut beruk aku. Rupanya perisian terkini adalah percuma. Tetapi kenapa syarikat itu tak beritahu pada laman mereka?

Isteri aku pun satu hal. Kenapa selama dia uji perisian versi terbaru tu, tak perasan ada pop-up yang mengatakan perisian itu percuma? Rugi RM187. Marah betul aku. Nak sedapkan hati, aku email syarikat itu, minta pemulangan penuh. Sebab dalam syarat dia, kalau belum diaktifkan, boleh terima semula pembayaran.

Pagi ini, aku dapat balasan email secara automatik. Yang menyakitkan hati aku, aku jumpa satu perenggan.

However this FREE software will not appear on our main website for now, in

order not to immediately drive down the software sales and the entire

revenue of that website. So we are first making the announcement of this

FREEWARE to selected people through selected avenues (other than our

website), so if you found out about this FREEWARE, consider yourself as

"one of the few", for getting this opportunity.


Ada ke patut, ada benda lebih bagus, tak mahu diumumkan. Tak pasal-pasal aku dah terbeli, versi lama pulak tu. Maka, sekarang aku nak duit aku balik.

Bagi mereka yang ingin menggunakan perisian percuma ini untuk kedai runcit, salon dan restoran, boleh muat turun di sini.

Pos Maid : http://www.alexandriacomputers.com/ver%202.3/POS%20Maid.exe

Restaurant Maid: http://www.alexandriacomputers.com/ver%202.3/Restaurant%20Maid.exe

Salon Maid: http://www.alexandriacomputers.com/ver%202.3/Salon%20Maid.exe

Jangan ambil dan muat turun terus dari laman syarikat tersebut. Itu versi lama yang hanya ada try demo.

Aku ada cuba dengan perkakasan POS seperti pengimbas kod bar, pencetak resit dan laci tunai, tiada masalah. Laci tunai yang bersambung ke pencetak resit lebih mudah digunakan. Kalau laci yang bersambung dengan PC, hanya yang menggunakan serial port sahaja yang boleh digunakan.

Perisiannya juga, mudah difahami dan digunakan oleh aku yang kurang mahir dengan perngurusan kewangan dan perniagaan berbanding produk tempatan.

Produk tempatan ni, bagi aku, hanya difahami oleh pembuatnya sahaja. Hinggakan isteri aku yang belajar akaun pun tak faham apa yang cuba disampaikan dalam perisian mereka.

Kalau berminat untuk mendapatkan khidmat nasihat, boleh email di webmaster[a]garagebox.org