Foxconn telah melabur sebanyak $200 juta untuk mengilang produk GoPro.

http://hothardware.com/News/Foxconn-Invests-In-200-Million-in-GoPro-Founder-Nicholas-Woodman-Billionaire/

GoPro adalah syarikat yang mengeluarkan produk kamera untuk video dan gambar bagi aktiviti dan persekitaran yang lasak yang juga dinamakan GoPro. Produk syarikat ini lahir dari pengalaman penciptanya Nick Woodman pada satu pengalaman meluncur di Australia pada 2002.

 

Keunikan kamera ini bukan sahaja lasak tetapi juga kebolehan untuk dipasang di mana-mana sahaja dari di badan manusia, kenderaan dan batang pokok. Binaannya yang kuat dapat menahan kekasaran dan impak yang kuat.

Maka, amat sesuai untuk digunakan semasa aktiviti bersukan, merakam aktiviti menunggang basikal dan motor berkuasa tinggi serta meluncur di laut yang bergelora. Ada sesetengahnya menggunakan untuk merakam aktiviti haiwan di hutan dengan memasang kamera tersebut di pokok yang tinggalkan beberapa lama. Dan lebih ekstrim lagi, merakam apa yang ada dalam mulut jerung dan buaya ganas.

Pada sesetengan model yang mempunyai keupayaan definasi tinggi (HD) dapat memberi satu persembahan pengalaman yang unik dan menarik dari sudut padangan pembawanya atau kenderaan atau dari sudut hutan yang menjadi persinggahan haiwan. Ya, boleh dipasang di badan sebab produknya ringan. Ada sesetengah mereka yang memasangkan di topi keledar atau diikat terus di kepala dengan getah.

Maka, jadilah 1-man-cameraman untuk penggambaran sendiri atau peribadi :)

Sila lihat video di bawah betapa hebatnya salah satu produk GoPro.

http://www.youtube.com/watch?v=A3PDXmYoF5U