Print
Category: News
Hits: 2069

Dalam rancangan Mega Factories - National Geography, ada menceritakan bagaimana Lego mengilang permainan dan patung mini yang menjadi rebutan bukan sahaja kanak-kanak tetapi orang dewasa yang menjadikannya bahan koleksi.

Pada satu ketika Lego mengalami kerugian teruk kerana gagal bersaingan dengan produk aplikasi di komputer yang lebih menarik. Selepas beberapa lama, Lego mendapat idea untuk membina permainan yang sama tetapi mempunyai keupayaan mekanikal dan automasi. Maka, bermula satu era baru bagi Lego dengan produk Mindstorm.

 

Selepas itu, bukan sahaja Mindstorm tetapi juga sebarang permainan yang dibina dan mempunyai automasi tertentu seperti robot, permainan bergerak dan kenderaan mainan.

Tetapi ada yang lebih kreatif dengan membina drone dari blok Lego. Drone yang mempunyai 4 kipas seperti helikopter, juga dikenali sebagai quadrocopter.

Nampaknya teknologi drone mula berkembang, bermula dari bidang ketenteraan, keselamatan, penyelidikan, explorasi dan termasuk juga hobi yang boleh dibina di rumah. Dengan kosnya sentiasa menurun mengikut idea-idea baru yang lahir dari penggodam-penggodam di seluruh dunia, membantu kepada pemilikan drone di rumah. Dengan enjin litar termurah seperti Arduino amat membantu dalam hobi baru ini.

Dari segi keselamatan, pemilikan drone di rumah membuka era baru dalam fungsi kehidupan manusia dari segi peribadi atau pengintipan. Mungkin sedikit bahaya jika disalahgunakan.

Bagi rakyat Palestin, mereka boleh menggunakan drone yang memerhatikan askar Israel seperti mereka memerhatikan rakyat Palestin dan pelawat di Baitulmaqdis menggunakan belon.

http://www.suasnews.com/2012/12/20276/drone-made-of-lego-takes-flight/