Category: News
Hits: 2913

CIMB telah memperkenalkan perkhidmatan baru yang dipanggil perbankan sosial (social banking) di mana menggunakan platform sosial internet, di Facebook, bagi mempermudahkan transaksi perbankan. Menjadi bank pertama memperkenalkan perkhidmatan sedemikian di Asia Tenggara. Perkhidmatan ini mempunyai aplikasi di Facebook yang dikenali sebagai OctoPay.

OctoPay adalah sebahagian dari perkhidmatan CIMB Click Internet Banking, di mana ahli berdaftar menjadikan Facebook sebagai satu platform untuk beberapa transaksi terhad.

 

Transaksi OctoPay buat masa ini adalah CoinBox, Send Money dan Prepaid Airtime.

Send Money adalah transaksi menghantar dan menerima wang dari rakan Facebook yang menjadi ahli CIMB Click. Prepaid Airtime pula membeli kredit internet dan telefon prabayar.

Yang menariknya, CoinBox pula menjadi satu tempat bagi ahli CIMB Click berkongsi duit dalam talian dengan rakan-rakan lain untuk derma, makan dan sebagainya.

Ketua Perkhidmatan Kewangan Runcit, Peter England, menegaskan pengguna tidak perlu bimbang tentang keselamatan perkhidmatan ini kerana walaupun Facebook platform tetapi hanya menjadi antaramuka kepada CIMB Click sahaja yang mempunyai tahap keselamatan yang tinggi.

Perkhidmatan ini amat baik dan memudahkan lebih-lebih lagi kepada mereka yang ingin memberi (pinjam) wang kepada rakan mereka yang dipercayai. Atau juga membuat pembayaran rumah sewa dan sebarang perkhidmatan kecil yang dibuat oleh rakan Facebook.

Kemudahan ini amat mudah dan kemungkinan juga mudah untuk disalahgunakan. Diharapkan ahli CIMB Click menjadi pengguna yang bertanggungjawab.

http://techcentral.my/news/story.aspx?file=/2012/12/18/it_news/20121218165609&sec=it_news