Category: News
Hits: 3477

DiGi telah memperkenalkan pakej baru prabayar yang dinamakan DiGi Best Prepaid dengan masa berbual 6sen untuk 10 saat pertama dan 20sen setiap 2 minit seterusnya ke semua rangkaian. Bermula semalam bakal pengguna baru DiGi Best Prepaid boleh mendapatkan pek permulaan yang berharga RM8.50. Bagi pelanggan DiGi sediaada boleh bertukar kepada pakej ini termasuk pelanggan pasca-bayar kecuali pelanggan pakej panggilan Easy Prepaid.

 

Pakej ini sedikit mahal jika membuat panggilan dengan masa yang lama tetapi amat murah bagi 10 saat pertama. Sekurang-kurangnya, kita kena bayar 6sen sahaja jika panggilan kita masuk ke peti suara selepas penerima tidak mengangkat panggilan atau penerima tidak boleh dihubungi berbanding pakej telco satu lagi yang mengenakan 28sen.

Inilah bagusnya dalam pasaran terbuka dan tanpa monopoli. Setiap telco berlumba-lumba bagi mendapatkan pelanggan dengan cara bijak dan menguntungkan pelanggannya.

http://www.digi.com.my/prepaid/plan_bestprepaid.do