Pada hari ini, penghantaran SMS menyambut ulangtahunnya ke 20 pada hari ini. SMS (short messaging system) pertama telah dihantar oleh Niel Papworth, seorang jurutera Sema Group, UK kepada Richard Jarvis, Pengarah Vodafon pada 3 Disember 1992. Penghantaran SMS pertama ini adalah satu percubaan selepas pembangunan yang telah dilakukan oleh beliau selama beberapa tahun.

 

Walaupun begitu, idea SMS ini adalah buah fikiran Matti Makkonen dalam satu persidangan telekomunikasi di Copenhagen 8 tahun sebelum itu.

SMS merupakan penghantaran teks maklumat sepanjang 160 aksara yang ringkas tetapi amat penting dalam kehidupan manusia hingga kini. Jumlah penghantarannya melebihi kadar penghantaran maklumat Facebook dan twitter. SMS bukan sahaja menghantaran maklumat peribadi, makluman bencana, dan maklumat pembekal telko, juga mampu menumbangkan kerajaan seperti yang pertama kali berlaku di Filipina (kerajaan Joseph Estrada), dan seterusnya Tunisia, Mesir dan banyak lagi. Di Filipina, SMS digunakan untuk menghimpunkan penunjuk perasaan pada satu-satu masa dan lokasi.

SMS juga adalah tanda pertama yang ditakuti oleh Albert Einstein di mana beliau meramal, kemajuan dunia menyebabkan manusia tidak lagi berhubungan dengan cara normal.

http://www.computerworld.com/s/article/9234203/Happy_bday_SMS_txt_msgs_turn_20