Serangan terbaru Anonymous akan bermula terhadap syarikat-syarikat minyak seluruh dunia. Tidak diketahui bila tetapi ke semua 25 syarikat minyak dunia (termasuk Petronas) telah bersiap sedia untuk menghadapi serangan ini dan memberi amaran awal kepada kakitangan mereka.

Serangan kali ini bermotifkan batahan harga minyak yang sentiasa meningkat. Serangan-serangan yang akan berlaku adalah seperti defacement, DOS (Denial-of-service) dan kebocoran maklumat yang akan diperakui oleh Anonymous sendiri. Serangan ini bertujuan supaya syarikat-syarikat minyak dan gas menggunakan segala keuntungan mengimbangi harga minyak dan gas di pasaran dunia.

Serangan ini bukan sahaja dikenakan kepada syarikat-syarikat dari negara-negara OPEC tetapi juga syarikat bukan negara OPEC. Walaupun begitu, agak pelik jika dilihat senarai syarikat yang akan diserang tidak terdapat syarikat Indonesia Pertamina.

Deklarasi serangan #OperationFuelStrike oleh Anonymous boleh dilihat di sambungan di bawah.

http://hackread.com/anonymous-hackers-to-start-opfuelstrike-threatens-to-attack-international-oil-companies/