Category: News
Hits: 2676


Akaun Twitter Timbalan Perdana Menteri Israel, Silvan Shalom telah digodam oleh penggodam yang pro-Palestin. Ini berkaitan dengan perkembangan terbaru konflik di Gaza. Serangan udara dan peluru berpandu oleh pihak Israel kepada penduduk Palestin telah membangkitkan kemarahan dan bantahan dari seluruh dunia. Ini termasuklah serangan digital yang dilancarkan oleh penggodam-penggodam yang menyokong perjuangan Palestin.

 

Di twitter Silvan Shalom tertulis, "FREE PALESTINE! END THE OCCUPATION! STOP THE MURDER OF PALESTINIANS NOW!". Dalam tulisan lain, terdapat kempen memboikot barangan keluaran Israel dan menghapuskan Zionism.

Bantahan di ruang internet kali ini, dilancarkan kepada Silvan Shalom adalah yang tertinggi dalam kepimpinan Israel.

Bukan sahaja Twitter, tetapi juga akaun Facebook Silvan Shalom juga telah ditukar ruangan kepala kepada gambar kempen pembebasan Palestin.

Serangan siber ini menjadi kebiasan bukan sahaja dalam konflik Gaza tetapi sebarang isu yang timbul di seluruh dunia akan menyebabkan jumlah serangan siber meningkat dari biasa. Kerajaan Israel menyatakan terdapat hampir 44juta cubaan serangan ke atas laman-laman kerajaan Israel.

Penggodam juga bertegas bahawa mereka bukan dari pihak Hamas atau Anonymous.

http://www.theage.com.au/technology/technology-news/hackers-take-over-israeli-ministers-twitter-account-20121122-29rpy.html