Category: News
Hits: 2883

Minggu lepas, aku mendapat panggilan sorang kawan meminta bantuan. Dipendekkan cerita, identity anak dia telah dicuri dan digunakan dalam satu akaun Facebook. Segala gambar-gambar anak dia, keluarga dan gambar melancong keluar negara telah dicuri. Ada orang telah menyamar sebagai anak dia di Facebook.

Dari segi lain, kes ni aku rasa lawak la pulak. Anak dia bukannya terkenal pun. Bukan lah artis.

Tapi perkara ini adalah satu kes jenayah sebenarnya. Maka aku menasihatkan dia, cuba cari di Facebook beberapa langkah untuk melaporkan masalah kecurian identity ini. Aku tak pernah cuba tapi aku pasti, ada tempat untuk dilaporkan di situ. Keduanya, buat laporan polis kalau akaun itu masih tidak ditutup. Ini untuk mengelakkan kes jenayah lain. Seperti berlaku beberapa tahun lepas, seorang wanita telah dituduh membuat penghinaan ke atas orang kenamaan. Dia dikenali pihak polis melalui gambarnya yang dicuri di Facebook. Di mana, identity di Facebook bukan identity wanita tersebut.

Aku hanya dapat menasihat dan tidak dapat membantu kerana berada di luar kawasan pada waktu itu. Kawan aku ni minta aku hack akaun tu, yang sebenarnya amatlah tak munasabah. Kalau boleh pun, kenapa perlu aku hack. Aku pulak yang kena tangkap.

Baru tadi, kawan aku bagi tahu, akaun yang menyamar tu sudah ditutup oleh Facebook. Dia minta bantuan sorang lagi kawan aku untuk buat laporan di Facebook Abuse. Selepas itu, beberapa orang (lebih ramai, lebih baik) termasuk kawan-kawan anak dia membuat laporan yang sama di Facebook Abuse. Tak sampai 2 hari, akaun tersebut telah ditutup. Padam mungkin.

Pada hari ini juga, aku mendapat maklumat dari puatan Facebook orang lain di mana seorang ibu meminta orang ramai hack???? Akaun anak dia yang telah mati. Si ibu telah bermimpi yang meminta dia memadam akaun anaknya di Facebook yang terdapat gambar-gambar anaknya yang tidak menutup aurat.

Perh! Digital pun boleh masuk mimpi. Dah macam Ghost in the Machine. Gelabah minta tolong orang hack. Sorry la kalau aku berfikiran free thinker (wife aku pun cakap macam tu). Tapi bukan itu yang aku nak cakap.

Tak lama selepas itu, aku dapat puatan berkaitan yang menyatakan bahawa Facebook ada tempat untuk melaporkan kematian pengguna akaun facebook. Selesai masalah.

Sebenarnya, pengguna internet, lebih-lebih lagi pengguna Facebook hanya pandai guna tapi tidak menguasainya secara menyeluruh. Jika ada kes-kes sebegini, mereka tidak tahu nak buat apa. Lagi la nak faham term and conditionnya. Pandai masuk, pandai lah keluar.

Kalau lah aku mati, seluruh blog aku akan terpadam dalam masa setahun. Kalau ilmu yang berguna ada di dalamnya, maka hilanglah ia sebab blog aku berbayar maaa….hehehehe.

p/s:  Artikel ini telah ditulis sampai mendengar lagu Prelude to April & Toccata.