Category: News
Hits: 2975

 

Tadi member lama masa study bagi mesej di Facebook, ajak gi jamming. Balas balik pada dia, aku dah lama tak pegang gitar. Totally tak boleh join. Dia kata, dah pencen ke? Mustaine tak marah ke? Hahhaha. Aku masih layan tapi tak boleh nak involve macam dulu-dulu. Terlalu banyak interest sekarang ni.

Beberapa bulan lepas, aku baca buku bertajuk MUSTAINE: A LIFE IN METAL. Sesungguhnya, tidak pernah dalam hidup aku, baca biografi orang lain, boleh membuatkan aku stress. Kali ini, buku ini memang membuatkan aku stress. Mungkin apa yang sudah berlaku 3-4 tahun lepas memberi kesan walaupun sudah ok, tapi parut masih ada.

 

 

 

Selepas apa yang berlaku, seboleh-bolehnya, kalau ada konflik, aku akan cuba elak. By hook or by crook. Maka, selepas ini, nak beli buku biografi pun, terpaksa pulak tapis terlebih dahulu.

Semua orang tahu, Dave Mustaine adalah ahli asal Metallica sebelum tertubuhnya Megadeth. Antara permulaan kanak-kanaknya sehingga pelancaran album ke-3 Megadeth, penuh dengan ketagihan dadah, arak, seks dan kawan makan kawan. Mungkin sebab itu yang aku stress sangat membaca buku ini.

Di dalam biografi ini juga akan kita ketahui, bagaimana secara tidak langsung, bergelarnya The Big Four (Metallica, Megadeth, Slayer dan Antrax - terkecuali) dan kaitan antara band.

Walaupun buku ini menjadi best seller di US dan aku minat dengan band Megadeth tetapi aku merasakan buku ini tiada faedah dan pengajaran. Lebih kepada penceritaan hidup sama seperti orang yang tidak terkenal. Kalau sebelum ini, kebanyakkan biografi boleh naikkan semangat tapi bukan biografi si Mustaine ni.

Tetapi, kejayaan Mustaine di dalam Megadeth lebih kepada dendam terhadap Metallica dan usahanya yang tidak boleh dihalang.

Kalau baca buku ini, rasa suara aku kecik macam Dave Mustaine heheheheh.