Selepas version terakhir Android 2.3 (Gingerbread), Google memperkenalkan pula baru-baru ini Android 3.0 (Honeycomb ). Pembangunan Android versi baru adalah untuk perkakasan tablet. Kemungkinan juga ini strategi Google untuk mengatasi penjualan dan penggunaan iPad oleh Apple.

 

 

 

 

 

http://www.youtube.com/watch?v=DAXm0-HA8O8

 

Beberapa pembaruan telah dilakukan bagi menaik taraf keupayaan Android sebagai sistem operasi tablet. Yang paling utama mengoptimumkan sokongan terhadap fungsi tablet dengan pengguna. Selain itu, melancarkan lagi keboleh multi tasking, hardware acceleration dan sokongan kepada multi-core processor. Kesemua ini adalah amat diperlukan bagi kelancaran penggunaan bagi tablet. Lebih baik, lagi bagus kerana sesungguhnya dengan cara ini dapat mengatasi keupayaan iPad yang dari dulu memperkenalkan satu alat yang sememangnya mengikut kehendak pengguna dan bukannya kehendak orang yang techie dan nerd.

Walau bagaimanapun, kelancaran dan keupayaan Android terbaru ini juga bergantung kepada perkakasan teknologi terkini. Perkakasan terbaru ini sepatutnya dapat dibangunkan seiring dengan pembangunan sistem operasi Android supaya tidak ketinggalan dalam menjuarai keupayaan terbaru dan membaiki keupayaan lama dalam mengatasi pihak pengeluar tablet lain. Khususnya skrin berbilang sentuh yang mana Apple menghasilkan perkakasan yang mempunyai skrin berbilang sentuh yang sensitif dan boleh diharap. Kalau terlalu sensitif pun, amat menyusahkan juga. Belum sentuh, aplikasi sudah jalan.

Harapan saya juga, tablet Android 3.0 ini juga nanti dijual dengan harga yang lebih murah. Sebelum ini, perkakasan Android yang dijual di Malaysia sedikit mahal jika dibandingkan iPad dan iPhone.

Tetapi perkakasan Android dari Tanah Besar China lebih murah dan amat murah dengan versi Android lama. Walaupun begitu, skrin sentuhnya amat menyedihkan.