Pada tahun ini, Hack in the Box Conference menyambut ulang tahun ke-10. Aku tidak tahu rupanya HITB telah diadakan semenjak 2002 lagi dan pada sangkaan, persidangan ini mula diadakan pada tahun 2003 di mana aku sendiri tidak menghadirkan diri.

Pada tahun ini persidangan ini agak meriah, (walaupun aku datang pada hari terakhir). Mungkin pihak penganjur telah mempromosi persidangan kali ini dengan sambutan 10 tahun HITB (yang semestinya meriah) dan membariskan beberapa speaker terkenal yang telah hadir pada persidangan HITB yang lepas. Sekurang-kurangnya, usaha HITB dapat memeriahkan lagi persidangan kali ini berbanding persidangan beberapa tahun lepas yang semakin suram. Walaupun begitu, hadirin yang masuk ke persidangan, agak kurang. Tapi itu dalam pemerhatian aku pada hari terakhir sahaja.

Dikatakan persidangan kali ini, disinggahi oleh Tun Mahathir pada hari pertama. Sebenarnya beliau hadir di hotel yang sama untuk acara lain tetapi telah singgah ke persidangan HITB atas permintaan krew HITB. Tidak menghairankan jika beliau boleh meluangkan masa untuk singgah beberapa tempat sewaktu acara rasmi beliau. Beliau tidak mengecewakan semua orang walaupun beberapa pihak telah mempergunakan status beliau merasmikan sesuatu tetapi akhirnya projek itu terbengkalai. Walaupun begitu, keprihatinan beliau, lebih-lebih lagi bagi bidang IT, atas galakan beliau semasa menjadi Perdana Menteri menjadi aspirasi kepada semua anak muda dan mewartakan 10 Bill of Guarantee terhadap internet.

 

Balik dari pejabat semalam, terus hidupkan tv dan WDTV Live. Menunggu external harddisk yang lambat sangat scan movie list, aku buka YouTube dulu. No. 3 senarai Youtube paling banyak ditonton semalam adalah iklan Samsung dok perlekeh iPhone 5.

Aku rasa nak gelak gak tapi menarik juga. Mungkin disebabkan Samsung kalah dalam kes saman Apple di mahkamah, diorang cuba nak provoke Apple sekali lagi.

Cuba lihat video ini,

 

Biasanya, saya jarang menutup terus computer selepas menggunakannya. Saya tukar ke hibernation supaya lebih cepat untuk mulakan semula Windows nanti.

Dalam pada itu, saya akan biarkan Chrome di Windows tanpa ditutup. Supaya saya tahu apa yang saya layar sebelum ini, apa yang perlu diberi perhatian dan macam-macam sebab lain.

 

 

Aku baru tahu, Celcom telah menawarkan pakej terbaru yang dikenali X2. Mungkin dah lama, tapi aku nak cerita ni sebab aku guna Celcom dan aku memang menunggu-nunggu pakej terbaik darinya.

 

Semalam 16 Mei 2012, Google telah melancarkan Chrome Web Store di Malaysia bagi membolehkan aplikasi Chrome Web Store dibangunkan oleh pembangun tempatan.

Telah menjadi trend di mana, sebarang Sistem Operasi dan Sistem Persekitaran mempunyai pemasangan aplikasi bersepadu seperti Google Play (Android), Apps (Apple) dan macam-macam lagi.