Pada Jun 2009 yang lepas, Quickoffice, pengeluar aplikasi Microsoft Office untuk Symbian, telah mengumumkan mengeluarkan aplikasi terkini bagi pengguna smartphone Nokia berdaftar secara percuma. Alat yang terlibat adalah E51, E52, E55, E63, E66, E71, E72, E75 and E90. Dengan ini, Quickoffice lama (walaupun baru dibeli) boleh dikemaskini menjadi Quickoffice Premier 6.

Aplikasi versi baru ini sudah boleh menyokong fail Word, Excel dan PowerPoint versi 2007 ke bawah berbanding sebelum ini hanya menyokong versi 2003 ke bawah.

Sila dapatkan maklumat lanjut di sini.