Info

GarageBox.Org adalah laman teknologi dan perkara yang kami minati yang disampaikan mengikut perspektif kami sendiri dalam Bahasa Melayu. Jika ada idea baru yang masih belum diterbitkan di internet, kami akan sampaikannya dalam Bahasa Inggeris. Sebarang pertanyaan dan permintaan, sila hubungi kami di webmaster[a]garagebox.org .


 

GarageBox.Org is a website about technology and anything we like to do according to our perspective in Malay. If we have a new idea that still not publish in the internet, we will publish it in English. Any inquiry & request, please email us at webmaster[a]garagebox.org .

Capaian GarageBox.Org meningkat sepanjang minggu ini. PDF Print E-mail
Written by Mr Garage   
Friday, 16 April 2010 08:51

Garagebox.Org ini bukanlah laman yang terkenal. Hanya ada pendapat, idea dan pengalaman sahaja dalam bahasa Melayu yang kami rasakan capaian kami tidak menjangkau sehingga luar negara. Tetapi sepanjang minggu ini, (selamat hari jadi), capaian meningkat dari kebiasaan 10-20 hit hingga ke 60-70 hit sehari.

 

Dahulu laman ini kadang kala, ada percubaan untuk menggodamnya dan hanya dapat dihalang selepas beberapa. Sungguh lambat tindakan kami. :D

Kali ini lebarjalur capaian yang tinggi membuatkan kami menyiasat lebih lanjut. Didapati bahawa ada ramai pencapai info, cuba mencari maklumat dengan kata kunci, chxnxyx.exe, wyskq6lt.exe,chxnxyx dan  mg8hi.exe, di mana keyword ini sememangnya tiada dalam review kami.

Rupa-rupanya, keyword ini terdapat dalam laman kami yang mana ianya disambungkan dari laman Malware Fix dari Vietnam, yang menceritakan berkenaan keyword tersebut, dalam ertikata lain berkenaan sejenis virus komputer. Kami dapati laman ini amat berguna dari dahulu lagi dan telah membantu kami dalam menyelesaikan beberapa masalah.

 

Last Updated on Friday, 16 April 2010 09:53