Windows Defender adalah satu tool yang tawarkan oleh Microsoft bagi mengimbas dan memperbaiki software jahat (malware) yang dikenali. Tool ini dibekalkan pada setiap Windows Vista dan boleh muat turun untuk diinstall pada Windows XP. Tapi XP, kena buat validation dahulu sebelum download. Tidak seperti antivirus, tool ini tidak mengesan serang atau jangkitan tetapi digunakan jika perlu sahaja. Maka, utilization untuk Windows tidak tinggi yang sudah lah tinggi disebabkan antivirus.

Selepas Windows Defender mengimbas, tool ini akan mencadangkan samada untuk delete, always allow dan sebagainya registry, program dan yang berkaitan termasuk level kekuasaannya.

Seperti software VNC ia dilevelkan sebagai medium/low. Tetapi software ini berguna bagi sesetengah orang. Maka, setkan always allow.

Perlu diingat, tool ini mengimbas menggunakan pattern sesuatu malware. Maka, updating tool ini amat diperlukan.

Bagi unknown malware, kita perlu melakukan sedikit kerja troubleshooting dan pengalaman yang tinggi. Untuk memudahkan kerja-kerja ini, anda boleh guna CCleaner. Google untuk dapatkan tool ini secara percuma.

Tool ini mengimbas segala registry, DLL, internet broswer punya cache dan cookie serta ActiveX. Dari tool ini, kita boleh memilih dan delete pelbagai jenis registry, setting dan sebagainya. Bagi saya, tool ini amat berguna untuk menghindarkan PC dan broswer dari ActiveX dan plugin yang tidak diperlukan.

Tetapi berhati-hati menggunakannya. Jika salah pilih, boleh merosakkan PC anda. Apa yang terjadi anda tanggung sendiri.