Category: BugandVirusandWorm
Hits: 2819
Mungkin kebanyakkan orang yang terlibat dengan komputer masih ingat pada 26 April 1999, hampir seluruh komputer di dunia telah dijangkiti virus yang boleh memadam harddisk dan BIOS sistem yang menyebabkan komputer samada dihantar semula ke kialng atau dibuang terus. Virus dikenali sebagai CIH aka Chernobyl. Virus ini dinamakan sedemikian adalah kerana virus ini melancarkan serangan (payload) tepat pada 26 April bersamaan tarikh Bencana Chernobyl pada 1986.

Selama beberapa bulan diserang, baru penulisnya memperkenalkan diri, Chen Ing Hau dari Taiwan, menulis program ini semasa belajar di universiti. Pada masa itu, tiada lagi undang-undang siber yang menangkap pesalah komputer kecuali USA dan Eropah. Selepas pengakuan itu, dengar cerita beliau telah diambil bekerja untuk tentera Taiwan. Bermulalah era perang siber antara Taiwan dengan Tanah Besar China. Pada tahun 2000, beliau didakwa di mahkamah kerana memusnahkan komputer pengguna lain. Pendakwaan dibuat selepas seorang pengguna di Taiwan telah memfailkan kerosakan yang dialaminya sebagai pengguna dan bukan kemusnahan siber. Ada orang kata kes ni pending, ada orang kata beliau dipenjara oleh pihak tentera selama 3 tahun.

Dalam pengakuannya, dia bertindak demikian kerana dia kecewa dengan software antivirus yang dibeli kerana tidak berfungsi dengan baik. Beliau berasa tertipu membelinya dan tiada sebarang support dari pihak pengeluar. Maka, beliau membalas dendam dengan melancarkan virus yang amat merbahaya.

Beliau juga mengatakan, beliau tidak sangka penyebaran virus itu amat besar dan menjejaskan seluruh dunia. Ingat kat Taiwan jek.

Dan beliau lahir pada 26 April.

Beberapa hari lepas, aku menjumpai satu virus yang dikesan oleh Trend Micro. Masalahnya, 1 jenis virus menghasilkan beberapa malicious file tetapi Trend Micro tak dapat detect 1 file. Disebabkan antivirus ini digunakan pejabat sebagai official antivirus, maka segala masalah pada antivirus ini perlu dilaporkan dan memerlukan satu support dari vendor. Masa yang dijanjikan oleh Trend Micro adalah 2 jam selepas dilaporkan. Tetapi sampai ke hari ini antivirus masih tidak dapat mengesahkan file tersebut sebagai virus. Aku memang kecewa sebab ramai orang tak mengganggapnya sebagai satu ancaman. 1 file ini boleh menyebabkan Windows hang atau slow. Aku ada menghantar sample file ke Trend Micro dan jawapannya, file ada sejenis malicious file. Tapi tidak dikesan oleh antivirus di PC sehingga artikel ini ditulis.

Agak-agak, kalau aku kecewa boleh tak aku buat virus macam mamat tu buat? Tapi mesti virus aku nanti dinamakan Virus Abraham atau Virus Lincoln.

Sebab aku dilahirkan bersamaan dengan tarikh kematian Abraham Lincoln.