Semasa berada di Kedah, aku ada job membaiki notebook yang dijangkiti spyware yang amat lah teruk. Selepas menggunakan Ad-aware pun masih tidak dapat membuang beberapa popup yang mengacau.

Hari ini aku terjumpa satu toolbar yang agak sukar dicari. Sesiapa yang mengalami masalah Microsoft Visual C++ Runtime Error semasa membuka IE atau Explorer, selalunya disebabkan oleh program toolbar yang tidak diinstall dengan sempurna.

Tapi kalau buat semula toolbar dah diuninstall, tapi masih ada error, maka ada toolbar yang boleh bersembunyi. Cari uninstall program untuk tool yang hanya visible masa safe mode. Normal mode dia sembunyi.

Contoh yang aku dapat hari ini, adalah msvciirtd toolbar. Kemungkinan hadir dari www.smart-toolbar.com

Anda menjumpai fail yang pelik dalam PC anda. Tidak tau samada fail itu virus atau bukan. Anti-virus pula tidak memberi apa-apa amaran.

Mungkin kebanyakkan orang yang terlibat dengan komputer masih ingat pada 26 April 1999, hampir seluruh komputer di dunia telah dijangkiti virus yang boleh memadam harddisk dan BIOS sistem yang menyebabkan komputer samada dihantar semula ke kialng atau dibuang terus.

Minggu lepas, aku terlibat dengan satu forum Gas Business di Shah Alam sebagai IT comitee je. Aku ditugaskan untuk menyediakan 3 laptop untuk forum tersebut yang mana 1 untuk presentor.