Bagi sesiapa yang ada melihat video "My first Arduino Programming" dan ingin mengetahui lebih lanjut, sila masuk ke laman GarageBox.org setiap minggu. Aku akan cuba melaporkan segala aktiviti yang aku buat terhadap Arduino ini setiap minggu jika tiada aral melintang.

 

Secara asasnya, papan Arduino adalah seperti di bawah.

Seperti gambar di atas, papan jenis ini dinamakan Arduino Diecimila. Seperti yang saya gunakan, dinamakan Arduino Duemilanove. Terdapat beberapa jenis papan Arduino yang mana setiap papan-papan tersebut berbeza dari segi jenis microcontroller, memori dan struktur binaan. Tetapi asasnya adalah sama seperti yang anda perhatikan butang RESET, I/O, bekalan kuasa dan lampu LED. Untuk mengetahui jenis-jenis Arduino yang lain, anda boleh ke laman ini, http://arduino.cc/en/Main/Boards.

Kebanyakkan pengeluar-pengeluar rasmi papan Arduino adalah dari Itali. Untuk pengetahuan anda, saya menggunakan papan yang dibuat dari negara China yang dibeli melalui eBay kerana ianya lebih murah. Dari forum Arduino rasmi, mereka mengatakan papan yang dibuat di Itali lebih berkualiti dan lain adalah klon. Selebihnya adalah tiruan. Kesemua papan dari China adalah tiruan.

Dari papan yang aku dapat, aku tidak pasti buatan China menunjukkan kualiti yang amat rendah kerana sebelum ini aku pernah membeli CF-to-IDE yang dibuat di China lebih buruk binaannya berbanding papan ini. Dengan menggunakan program mudah (seperti video sebelum ini), papan ini boleh berfungsi dengan baik. Tidak pasti pencapaiannya jika menggunakan programming yang kompleks. Tetapi untuk berjimat dan kerugian yang besar jika berlaku kemusnahan, aku memilih papan buatan China.

Kuasa: Papan ini menggunakan voltan operasi sebanyak 5Volt tetapi voltan yang dicadangkan antara 7 hingga 12V. Kuasa ini dibekalkan melalui USB atau kuasa luaran seperti bateri pada power jack. Bagi papan Duemilanove, terdapat satu litar kecil baginya untuk memilih kuasa dari USB atau power jack secara automatik. Tetapi bagi Diecimila perlu dipilih secara manual.

Pada papan tersebut terdapat pin kuasa. Pin Vin adalah voltan masukan jika tidak menggunakan kuasa USB dan power jack. Pin 5V pula adalah voltan luaran yang membekalkan kuasa pada microcontroller dan lain-lain bahagian pada papan atau litar luaran. Pin 3V3 adalah voltan 3.3V yang dihasilkan oleh chip FTDI. Arus maksima yang dihasilkan adalah 50 mA. Akhir sekali, pin GND iaitu pembumian (ground).

Memori: Bagi ATmega168 mempunyai 16kB flash memory di mana 2kB adalah bootloader, 1kB SRAM dan 512B EEPROM. ATmega328 pula mempunyai 32kB flash memory di mana bootloadernya juga sebanyak 16kB, 2kB SRAM dan 1kB EEPROM.

INPUT/OUTPUT:

  1. Komunikasi sesiri (serial): Pin Tx dan Rx.
  2. External interrupt: Pin 2 dan 3.
  3. PWM (Pulse Width Modulation): Pin 3, 5, 6, 9, 10 dan 11.
  4. LED: Pin 13 yang bersambung pada LED dan sambungan luaran seperti sambungan digital lain.
  5. RESET: Butang reset.