Bagi sesiapa yang ada melihat video "My first Arduino Programming" dan ingin mengetahui lebih lanjut, sila masuk ke laman GarageBox.org setiap minggu. Aku akan cuba melaporkan segala aktiviti yang aku buat terhadap Arduino ini setiap minggu jika tiada aral melintang.

Sebenarnya, aku terima Arduino board ini dua minggu lepas. Terlalu sibuk dengan kerja dan peribadi, aku rela meninggalkan obsesi terhadap Arduino bagi mengelak aku ini mementingkan diri. Baru malam ini, langkah kedua mempelajari program sendiri Arduino ini.