Jumaat lalu, dengan kemudahan yang disediakan oleh Sirduke, krew Garage Box sekali lagi keluar untuk mencari node-node baru di seluruh Leban Chondong. Kali ini, kawasan yang terlibat adalah dari pusat bandar Leban Chondong hingga ke BK sejauh 8 km. Sepanjang perjalanan, tiada node dijumpai termasuk di Kg Yayasan walaupun ia mempunyai banyak pejabat dan kilang. Selepas itu, krew kami melewati sebuah sekolah yang sebelum ini dikatakan mempunyai node wifi dan mempunyai akses internet menggunakan satelit.

Di sini kami mendapat isyarat wifi di hadapan sekolah yang kami kira amat jauh juga dari AP mereka dan isyarat yang kurang baik. Krew kami cuba bergerak memasuki jalan ke sebuah estet, dan kami menjumpai isyarat yang sama tetapi berlainan channel. Disebabkan isyarat yang kurang baik kami terus pulang ke Leban Chondong semula.

Di LC, kami menjumpai 3 open node lama. Kami cuba teliti 2 node dan mendapati ia mempunyai akses ke internet.

Yang menjadi iktibar kepada kami adalah 1 node tersebut digunakan untuk kamera keselamatan kedai yang tidak mempunyai sistem keselamatan untuk kamera tersebut. Senang kata, sistem mereka tiada password. Kesimpulannya, kedai mereka mudah dirompak/dicuri dengan hanya memadamkan kamera melalui rangkainan mudah ini. Cara ini lebih mudah berbanding cerita di Hollywood.

Setiap node yang kami jumpa, tidak kami tandakan (warchalking) kerana menconteng di tempat awam. Kami juga tidak tahu bagaimana untuk plot peta disebabkan kami tiada GPS. Oleh itu, kami hanya mengambil gambar tempat yang disyaki dan memaparkannya di galeri kami.

Itu, sahaja dari kami. Terima kasih.