Print
Category: phpnuke
Hits: 1485

Pada 10 Januari 2011, Joomla 1.6 yang selama ini di peringkat pembangunan dan percubaan telah lengkap untuk dimuat turun dan digunakan. Pakej terbaru Joomla 1.6 ini tidak disertakan dengan skrip migrasi.

Kepada sesiapa berminat untuk upgrade ke versi 1.6 dari 1.5, mereka boleh menggunakan komponen jupgrade yang perlu dipasang di Joomla 1.5. Pakej ini boleh didapati diĀ http://www.matware.com.ar/downloads/joomla/jupgrade.html

Tutorial untuk jupgrade ini boleh didapatiĀ http://docs.joomla.org/Tutorial:Migrating_from_Joomla_1.5_to_Joomla_1.6

Tetapi komponen ini masih belum lengkap kerana jika anda baca sepenuhnya didapati 3rd extension masih tidak boleh ditambahbaik (upgrade) buat masa ini. Saya telah mencubanya dan didapati proses kenaikan versi telah diakhiri dengan status "3rd extension ...... COMING SOON".

Adalah lebih baik anda tidak upgrade versi Joomla sehingga terdapat skrip yang boleh upgrade Joomla 1.5 selengkapnya ke versi 1.6 tanpa sebarang pengecualian.